Search This Blog

Saturday, February 12, 2011

Dugaan untuk seorang teman yang sudah mendirikan rumah tangga..

                  Gambar Hiasan              

Posting ini mengenai seorang kawan saya yang telah mendirikan rumahtangga. Rasanya usia perkahwinan mereka belum sampai setahun. Kalau dilihat dari luaran (actually just lihat gambar di facebook sahaja),  pasangan suami isteri ini ibarat pinang dibelah dua. Sama cantik. Sama kacak. Sepadan. Tetapi dengarnya setelah beberapa bulan berkahwin, dia tidak duduk sebumbung lagi dengan suaminya dan sekarang berada di ambang penceraian.

Sebabnya

Dia dapat tahu suami dia telah "guna-gunakan" dia. Suami dia buat supaya dia suka pada suami dia & keluarga suaminya (macam ubat pengasih). Suaminya juga buat supaya orang lain tidak suka lihat kawan saya tu. Percaya atau tidak? Entahlah. Wallahua'lam.

Gambar Hiasan

Dari mana dia dapat tahu?

Puncanya bila dia pergi berubat. Setelah berkahwin, dia sering terjaga pada waktu malam sekitar jam 3 pagi dan sering merasa sukar untuk bernafas. Disebabkan keadaannya itu dia berikhtiar dan  akhirnya ikhtiarnya itu membawa dirinya untuk berubat (secara tradisional) dan dari situlah dia tahu tentang suaminya itu.

Sebagai kawan

Saya berharap yang baik-baik sahaja untuk kawan saya tu. Saya tak pasti yang mana baik yang mana buruk. Patutkah saya dan kawan-kawan lain menyokong penceraian mereka? Sudah tentu tidak. Saya sebagai kawan & lebih tepatnya sebagai orang luar dalam rumahtangga mereka tidak tahu perkara yang sebenar jadi tidak perlulah saya berprasangka. Derita yang dia lalui hanya dia sahaja yang tahu. Mungkinkah dia rasa dirinya dikhianati? Tapi bukankah baik untuk mengahwini seseorang yang sayang pada kita bukan orang yang kita sayang? Wallahua'lam. Saya berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan kawan saya itu sebab Allah lebih mengetahui..


***Kalaulah benar ia berlaku, sungguh tak sangka di zaman moden ini, masih ada manusia yang berfikiran singkat dan dengki pada manusia yang lain. Dunia ini bukanlah abadi. Dunia ini bukan milik kita juga. Hanya pinjaman. Personally, walau apa pun status kita, samada kita single, in relationship, taken, married atau divorce pasti ada dugaan-dugaan dari-Nya. Tetapi Allah itu Maha Adil. Dia takkan bagi ujian pada hamba-Nya kalau hamba-Nya tak mampu. Maka.. berbaliklah kita kepada-Nya. Setiap apa yang berlaku pasti ada sebabnya.. :)

Monday, February 7, 2011

Jalan rosak : Kesan dari hujan lebat.

Penghujung Januari 2011 agak menguji hati dan perasaan apabila hujan lebat berterusan. Bimbang jika banjir besar melanda Kota Tinggi. Alhamdulillah.. rumah saya tidak dilanda banjir walaupun sebahagian tempat di Kota Tinggi telah dilanda banjir. Di antara status saya di FB yang sempat di"update" walaupun risau dengan hujan yang tidak berhenti-henti ketika itu. Hehe.




Apabila banjir surut, baru berkesempatan pergi rumah nenek di Felda Pasak. Tujuan utama untuk ziarah nenek, sebab masa nenek sakit kena tahan wad selama beberapa jam di hospital tak sempat nak pergi. Lagipun mama nak pergi bayar duit undi. So I drive dengan senang hati sehingga lepas traffic light di Kota Tinggi Bypass.. sakit hati tengok jalan yang rosak.. my heart breaks..

Tengah drive tak sempat nak ambil gambar. Tapi semalam petang, bila mama menyuarakan nak pergi rumah nenek saudara di Felda Air Tawar 1, terus bagi cadangan naik kereta abah. Sempatlah juga ambil gambar jalan yang rosak. Gambar tak jelas sebab ambil dari dalam sebuah kenderaan yang bergerak. Hehe.










Realitinya agak mengerikan drive di atas jalan yang begini. Agak merbahaya dan tidak sesuai untuk memandu laju-laju. Diharap, pihak yang berkuasa dapat membaiki jalan-jalan yang rosak dengan segera. Buat pemandu-pemandu dan penunggang-penunggang kenderaan, bersabar okay. Jangan memandu laju-laju. Berhati-hati di jalanraya.


What's On My Shoes


My blog title "On My Shoes" adalah berkait rapat dengan apa yang saya rasa dan fikir di atas apa yang telah saya alami. Segala apa yang saya kongsikan di sini adalah pandangan dari tempat saya berdiri. Sudah tentu ada yang tidak bersetuju atau tidak suka dengan apa yang saya tulis tapi saya juga tidak berupaya memaksa kalian untuk suka dengan apa yang saya tulis. If I were on your shoes, I might feel the same too. Hehe.


What's on your shoes?
Hanya kamu sahaja yang tahu.
On her shoes? 
Hanya Victoria (nama samaran) sahaja yang tahu.
On his shoes?
  Hanya Beckham (nama samaran) sahaja yang tahu.

Ada masanya kita menyampah dengan kelakuan seseorang. Contohnya, kita lihat ada si "A" sedang sibuk promote dessert yang dia buat. Entahkan sedap entahkan tidak. Maklumlah, promote dalam internet je. Boleh tengok gambar sahaja. Habis semua orang dia nak tunjuk.

Kemungkinan yang berlaku dalam situasi ini:

On other people shoes
  • Orang lain mungkin akan menyampah dan meluat tengok si "A". Pada orang lain, setakat dessert macam tu. Itupun nak kecoh. Sakit hati disebabkan iri hati punya pasal terus menyampai-nyampai kepada orang lain tentang si "A". Siap tambah-tambah perisa lagi.
On "A" shoes
  • Itu hasil kerja dia dan dia sangat berbangga dengannya walaupun penyediaan dessert itu sangat mudah. Mungkin juga itu adalah percubaan pertama yang berjaya. Bukan niat dia nak kecoh-kecoh, tetapi dia hanya berkongsi kegembiraan yang dia alami.
Kesannya, ramai yang terpengaruh dan secara tidak sengaja telah membenci si A yang tidak bersalah.

Di antara penyelesaian kepada hal seperti ini adalah meletakkan diri kita di tempat orang lain. Kita tidak perlu rasa iri hati dan terancam dengan kelakuan si "A". Apa yang kita dapat? Nothing. Malahan dapat dosa dari bergosip tentang si "A" dan si "A" dapat jadi popular secara tidak langsung. Untung-untung ada orang berminat dengan dessert yang dia buat.

Kesimpulannya sangat simple, apa yang kita rasa dengan orang lain rasa mungkin tidak sama. Sama sekali tidak sama. Disebabkan itu, terjadinya perbezaan pendapat dan lebih teruk akan mewujudkan rasa iri hati.

Faham apa yang saya maksudkan? Fikirlah sendiri. Hehe.

Note: Tadi macam banyak sangat idea, tetiba hilang begitu sahaja.. :(